Salam everyone...I received this mail and I want to share it with you babes.It's very touching(to me at least)and I have a lot of respect for this amazing lady for being brave enough to come forward and share her story with us.May all of us with get the petunjuk and hidayah dari Allah swt.
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana
banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu
menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagai
manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam
hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan
bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga
cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar
manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti
mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan
pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil.
Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi
umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu
pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu
bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran.
Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang
mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi
hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain
sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya
mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu
dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam
perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli
sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu
tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik
kagum.
Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu
menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu
mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang
jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya
mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya
pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya
mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk
mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah
saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks
hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti
dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi
perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya
sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka 'ikan' tetapi
'pancing' untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk
dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada
mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah
perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga
pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan
kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu
agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan
juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada
dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang
mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung
tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering
kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai
status selaku pengasas produk kecantikan.
"Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang
tahu produk kau bagus" - itu juga antara bisikannya yang sering
menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut
dalam hadis 'menutup aurat tetapi masih bertelanjang'
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu
semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar
dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah
Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana
zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup.
Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain
Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat.
Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong,
kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam,
lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia
yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus
berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin
yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih
sayangNya. -Pn.Rozita,pengasas Sendayu Tinggi.
Sorry For The Long Hiatus
2 years ago
No comments:
Post a Comment